PENGENALAN
LATAR BELAKANG SYARIKAT
I&R - Install & Remove Sdn Bhd. (I&R) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 1 Oktober 2002 dengan nama Persada Ilham Sdn Bhd. Kemudian ia telah ditukar nama kepada Perangsang Abadi Sdn Bhd yang kemudiannya ditukar kepada nama sekarang. Syarikat ini dimiliki 100% pegangan bumiputera dengan modal berbayar sebanyak RM500,000.00.
Sejak penubuhannya, syarikat tidak menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan sehinggalah bermula pada tanggal 2 Januari 2005 di mana syarikat telah mengklasifikasikan perniagaan terasnya ke dalam industri perkhidmatan. Secara amnya syarikat akan menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan membaikpulih komputer di mana syarikat mempunyai visi untuk menjadi pelopor terunggul dalam industri membaikpulih komputer di Malaysia.





Syarikat amat berkeyakinan dengan cara kad ZENITH ini dipasarkan, ia akan memberi satu saingan yang hebat kepada pemilik kedai membaiki komputer yang sedia ada di pasaran. Dan syarikat juga yakin, suatu masa nanti tren kad prabayar untuk membaikpulih komputer ini akan menjadi ikutan kepada banyak syarikat lain.
![]()
Hak Milik I&R. Hak Cipta Terpelihara